Tuesday, 26 February 2019

FERRiS 2 Channel Power Amplifier (1800W) repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki amplifier kereta berjenama FERRiS. Ketika amplifier ini dirujuk kepada saya, pemiliknya tidak ingat lagi masalah sebenar amplifier tersebut disebabkan telah lama rosak dan disimpan.

Cubaan pertama saya ialah membekalkan 12V elektrik kepada amplifier tersebut dan lampu indikator berwarna hijau tidak menyala. Amplifier ini dibekalkan dengan fius 35A dan tidak putus, ini bermaksud terdapat komponen yang telah rosak sehingga tidak dapat membekalkan elektrik untuk kegunaannya.
Pandangan luar amplifier berjenama FERRiS
Seperti biasa, jika kita ingin membaikinya, kita haruslah membuka dan memeriksa komponen di dalamnya. Komponen pertama yang saya periksa ialah power transistor dan keempat-empatnya berkeadaan baik.
Papan litar setelah dibuka
Komponen kedua yang saya periksa ialah MOSFET transistor dan keempat-empatnya juga dalam keadaan baik.

Seterusnya saya periksa diod dan kesemuannya juga tidak mengalami sebarang kerosakan.
Perintang 1K putus dan harus di ganti
Memandangkan komponen besar yang sering mengalami kerosakan berkeadaan baik, seterusnya saya memeriksa komponen yang lebih halus iaitu perintang. Setelah hampir sejam memeriksa satu per satu, akhirnya saya menjumpai sebiji perintang seribu ohm didapati putus seperti pada gambar di atas.
Perintang 1K (Choklat, hitam, merah)
Lampu hijau dah menyala
Setelah diganti perintang tersebut dan dibekalkan 12v elektrik, lampu hijau kini menyala.
Pandai buka, kena juga pandai pasang kembali...

Bahagian skru di gam...
Untuk pengetahuan semua, bahagian skru di dalam amplifier haruslah digam agar tidak tertanggal dan mengakibatkan litar pintas dan merosakkan amplifier.

Saya pernah membaiki amplifier yang mengalami litar pintas disebabkan oleh skru yang tertanggal dan ianya melibatkan banyak komponen yang rosak.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.