Thermo pot/flask ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini. Kali ini dia kembali dengan masalah yang berbeza iaitu lampu indikator berwarna merah & hijau tidak menyala.
 |
Pandangan atas |
Walaupun lampu tersebut tidak menyala namun fungsinya untuk memasak (boiling) dan mengekalkan suhu (keep warm) tidak terjejas. Dengan yang demikian kita cuma perlu memeriksa papan litar indikator sahaja.
 |
peringtang 100K putus |
Seperti biasa jika ingin memeriksanya, kita harus membuka papan litar tersebut dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas. Papan litar tersebut cuma mengandungi 2 biji LED, 2 biji diod, 2 biji suis & sebiji perintang 100K ohm.
Setelah diperiksa, cuma perintang sahaja yang didapati rosak dan harus diganti
 |
Lampu merah menyala (tested - ok) |
 |
Lampu hijau menyala (tested - ok) |
Selamat mencuba...
Assalamualaikum. Nk tanya. Apa masalah jika termos tidak boiling. Termos pensonic model ptf 6000
ReplyDeleteBuka penutup bawahnya, periksa:-
Delete1. Elemen pemanas (jika ok)
2. Thermal fuse (jika ok)
3. papan litar (Biasanya perintang putus)
kalau motor tak hidup apanya yang rosak
ReplyDeleteBuka & periksa.
Delete