Kadang-kadang saya perasan bahawa masalah kerosakan barangan eletronik ini bermusim. Bulan ini sahaja saya telah dirujuk sebanyak 3 biji amplifier untuk di baiki dan kesemuanya boleh dibaiki.
Kali ini amplifier berjenama HAWK, model: HP-2.170. Saya cuba google untuk mengetahui lebih lanjut jenama amplifier tersebut namun satu pun tak dijumpai.
|
Pandangan luar amplifier berjenama HAWK |
Menurut pemiliknya, amplifier tersebut pernah rosak dan telah dibaiki sebelum ini. Setelah dibuka, tiada kerosakan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Fius juga tidak putus tetapi tidak boleh dihidupkan langsung apabila eletrik dibekalkan.
|
Bahagian bertanda merupakan komponen yang didapati rosak |
Apabila diperiksa menyeluruh, berikut merupakan komponen yang di dapati rosak:-
- 2 biji transistor - B817
- 2 biji transistor - D1047
- 2 biji N-channel MOSFET - IFRZ34
- 2 biji kapasitor 4700uF, 35V
|
Komponen yang rosak... |
Saya juga mengalami masalah untuk mendapatkan N-channel MOSFET IFRZ34 namun saya gantikan dengan menggunakan P60NF06. Walaupun nombor berbeza namun kemampuan serta keupayaannya adalah sama iaitu 60V, 30A.
|
Lampu merah menyala... |
Setelah kesemua komponen yang rosak di ganti dan diuji, amplifier tersebut boleh digunakan semula. Terima kasih kepada pemilik amplifier tersebut kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk cuba membaikinya.
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...
Bos saya ada amp.masaalah sama proteck..boleh tak tolong repay....
ReplyDeleteHantar kepada saya di Miri, Sarawak.
Delete