Monday, 11 February 2019

Air Lidah Buaya

Lidah buaya (Aloe Vera) yang saya tanam ini merupakan baka yang digunakan oleh salah satu pengeluar product terkenal, Forever Living. Baka tersebut di bawa balik oleh kawan saya yang telah melawat ladang lidah buaya di Texas.

Pokok lidah buaya ini amat mudah ditanam dan boleh ditanam dengan menggunakan pasu bunga sahaja. Hanya daun lidah buaya yang matang sahaja yang digunakan untuk membuat minuman.

Daun lidah buaya yang matang berwarna hijau dan tidak mempunyai bintik-bintik putih pada kulitnya. Berikut merupakan cara untuk menyediakan minuman air lidah buaya:-

1. Cuci dan potong daun lidah buaya
2. Buang kulit lidah buaya yang berwarna hijau
3. Setelah dibuang kulit, cuci dengan bersih
4. Potong isi lidah buaya mengikut citarasa anda & cuci semula
5. Masak isi lidah buaya.

Isi lidah buaya yang telah masak akan berubah warna dari lutsinar menjadi seakan-akan agar-agar seperti pada gambar di atas.

Tambahkan sedikit gula supaya ianya lebih enak untuk di minum.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.