Sunday 25 March 2012

6568

Hari ini saya nak kongsikan satu nombor yang agak unik dalam sejarah hidup saya. Dalam banyak-banyak nombor (dari sifar hingga infiniti), kenapa saya pilih 6568?

Dipendekkan cerita, 20 tahun yang lepas pada 24/3/1992, saya memiliki sebuah motosikal (Yamaha Y100) dengan nombor pendaftaran 6568. Ianya merupakan aset pertama hasil titik peluh sendiri sebagai guru sandaran.

5 bulan selepas memilikinya (pada 24/8/1992) nombor tersebut terpampang indah di dada akhbar pada bahagian nombor ramalan (Magnum 4D) hadiah pertama. Melepas... takda kedai nombor ramalan ketika itu di pekan Batu Niah.


Namun pada 24/6/1995 saya sempat merasa nikmat terkena nombor ramalan dengan jumlah RM4,320.00. Lupa dah berapa tiket yang saya beli masa tu.


Hampir 2 tahun selepas itu pada 02/04/1997 sekali lagi saya terkena nombor ramalan tetapi kali ini cuma satu tiket, dapat RM2,000.00.

Setelah genap 20 tahun memiliki motosikal tersebut, saya bertekad untuk mencuba nasib semalam (24/3/2012) dengan membeli lebih banyak lagi namun hanya terkena mBox sahaja, 5 tiket (RM25.00).

Walaupun nombor tersebut tidak memberi tuah yang besar kepada saya tetapi nombor tersebut tetap unik dalam kehidupan saya. Kini nombor telefon dan nombor kereta saya juga berkongsi nombor yang sama.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.