Semua kenderaan mempunyai masalah tersendiri apabila telah berusia. Begitu juga dengan kereta proton
Satria GTi ku yang teramat jarang spesisnya di Miri dan mekanik kurang arif mencari punca kerosakannya walaupun ajen Proton sendiri. Rasanya agak bertuah juga sebab selama lapan tahun yang lepas tidak pernah bermasalah.
|
Inilah Satria GTI ku... |
Namun ketika genap berusia lapan tahun pada bulan februari lepas, tiba-tiba pula terkena penyakit yang pelik. Tidak ada masalah ketika dihidupkan pada waktu pagi tetapi setelah beberapa saat dihidupkan injinnya akan semput (engine hesitation/stall/jerking) seketika, lepas itu normal seperti biasa.
|
Beginilah rupa di bawah Satria GTi ku... |
Kalau dibawa jalan sejurus selepas dihidupkan, masalah injin semput berterusan sehingga injin telah panas. Beberapa hari selepas itu masalah yang lebih pelik pula berlaku. Walaupun injin telah panas, semputnya bertambah kritikal sehingga injin berhenti ketika memandu di tengah jalan. Bila dihidupkan semula takda masalah pula tetapi hanya boleh bergerak tanpa menekan pedal minyak sahaja. Tekan saja pedal minyak dia semput... malunya, kereta berprestasi tinggi (high performance car) tapi jalan macam siput. Huhuhu...
|
minyak lain tak mau melainkan RON97 atau RON100 kalau ada. RM2.80 seliter wor... |
Berikut merupakan masalah yang saya hadapi ketika pam minyak bermasalah dan perlu diganti:-
- Tiada masalah menghidupkan injin kereta tetapi setelah dihidupkan beberapa saat injin kereta akan semput seketika.
- Tiada kuasa pecutan ketika injin masih sejuk
- Jika minyak di dalam tangki cuma tinggal 1/4 kebawah, kelancaran injin mula bermasalah terutamanya ketika ingin memecut.
- Tiada masalah ketika minyak diisi penuh.
- Bunyi pam minyak mengepam minyak boleh didengari dari dalam kereta (seperti bunyi ketika kita meminum minuman yang hampir habis menggunakan straw bercampur dengan udara)
- Bila naik bukit injin mulai semput (sebab pam minyak tidak direndam sepenuhnya dalam minyak)
- Masalah semput akan hilang jika injin dimatikan dan dihidupkan semula.
- Tiada masalah jika kereta terus dipandu laju dan injin mulai semput ketika dipandu perlahan (tunggu lampu merah atau 'traffic jam')
- Kadang-kadang masalah semput terjadi bila memandu di bawah cuaca panas terutama pada tengahari.
- Kadang-kadang semputnya sekejap-sekejap, macam 'misfires' (lepas tukar 'plug' masih sama).
- Kadang kala bila tekan pedal minyak, injin kereta mulai semput & injin berhenti.
- Lampu amaran injin akan menyala & bila periksa ECU, masalah pada 'oxygen sensor' atau 'crank sensor'.
- Bau minyak yang tidak terbakar boleh dihidu melalui ezos kereta.
- 'Catalic converter' mengeluarkan bunyi yang nyaring (sama seperti bunyi yang terhasil pada nombor 5 diatas).
- 'Top speed' akan berkurang, cuma boleh lari 170km/j sahaja. Selepas ganti pam minyak yang baru boleh mencecah 200km/j.
- Nasihat mekanik - jangan tunggu sampai minyak dalam tangki nak habis baru isi atau hanya mengisi minyak selepas lampu amaran minyak menyala. Isi penuh tangki minyak ketika mulai kurang dari separuh dan
- Never accelerate the engine immediately prior to switching off.
|
RM400++ (Proton Genuine Parts)
|
|
|
|
|
|
|
pam minyak ketika dikeluarkan dari tangki minyak |
|
Setelah ditukar dengan pam minyak berjenama DENSO yang baru (RM135.00) |
|
pam minyak lama di atas kotak pam minyak yang baru |
|
mar spare part, nyak orang jarang meli krita nyak
ReplyDeletemai nya tp pam minyak ya sebaka dikena wira 1.6L. Aku meli DENSO, RM135.00 aja
DeleteTerima kasih atas artikel ini, simptom sama seperti kereta wira saya. Lepas saya tukar pam, kereta saya elok semula. Kalau saya tak jumpa blog ni, sampai sekrang tentu sy masih bawa kereta semput
ReplyDeleteTahniah!
Deletesggh sini dr google keywords he2.sy pun pakai wira,pelik ms kt simpang trafifc lgt/mn2 simpanglah..bila nk drive je lps trfc lgt hijau,kereta tiba2 semput ms tekan myk.malu btl sbb ramai potong,dah sah dorg ingat sy pemandu ppuan yg lembap padahal krta meragam.tq ye info ni
ReplyDeleteMasalah pam minyak juga? Kalau ya, sila ganti dgn kadar segera agar pemanduan anda lebih mantap. :)
Delete