Sebelum ini saya pernah mengalami masalah sedemikian iaitu lampu injin menyala dan anda boleh rujuk di sini.
June 24, 2021 - 182,018 |
Kejadian lampu injin menyala kali pertama berlaku lebih sebulan yang lepas pada 26/6/2021 ketika saya sedang memandu balik ke rumah selepas waktu kerja. Lampu injin tak menyala lagi selepas saya padamkan injin kereta ketika menunggu lampu trafik bertukar dari merah ke hijau.
Jun 26, 2021 - 182,081km |
Dua hari selepas itu kejadian sama berulang lagi dan ianya lebih parah di mana lampu injin tetap menyala walaupun saya telah cuba padamkan injin kereta.
Buka bonet hadapan kereta... |
Setelah tiba di rumah, saya buka bonet hadapan kereta dan cuba cari punca kenapa lampu injin menyala.
Buka kedua-dua klip... |
Saya buka bahagian penapis udara (air filter) dan mendapati penapis udara kotor seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Apa yang saya lakukan ialah rendam penapis udara tersebut selama kira-kira sejam menggunakan detergen dan dikeringkan sebelum dipasang kembali.
Keluarkan air filter... |
Percaya atau tidak, masalah lampu injin menyala selesai dan tidak menyala lagi selepas itu.
Kanan - penapis udara baharu... |
Setelah hampir sebulan (21/07/2021) menggunakan penapis udara yang telah saya cuci tanpa masalah, saya bertekad untuk membeli penapis udara yang baharu. Saya terkejut apabila mendapati penapis udara yang baharu berwarna putih dan anda boleh lihat perbezaannya pada gambar di atas.
Siap... |
Apabila saya rujuk kepada buku panduan kereta saya, penapis udara harus ditukar setiap 6 bulan atau 10,000km.
Periksa setiap 10,000km atau 6 bulan... |
Selama saya memiliki kereta tersebut dari tahun 2006, ini merupakan kali pertama saya menukarkan penapis udara. Perlukah kita menukarkan penapis udara setiap 6 bulan atau 10,000km seperti disarankan pada buku panduan?
July 21, 2021 - 182724km |
Sehingga blog ini ditulis, tiada lagi kejadian lampu injin menyala berulang.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.