Hujung minggu lepas saya telah dirujuk sebuah papan litar untuk kipas siling yang tidak diketahui jenama untuk dibaiki.
PCB kipas siling |
Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah boleh berpusing namun perlahan dan 'tiada angin'.
Setelah dikeluarkan... |
Jika anda mempunyai kipas yang berpusing perlahan, jangan tunggu sehingga langsung tidak berpusing baru minta dibaiki sebab kadang-kadang akan mengalami kerosakkan yang teruk serta tidak dapat dibaiki lagi.
355J = 3.5uF |
Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar hanya menemui dua biji kapasitor yang perlu diganti dan telah saya tandakan pada gambar di bawah:-
- kapasitor 355J = 3.5uF, 350v
- kapasitor 2.1uF, 450v
Komponen yang rosak... |
Kipas tersebut berjaya diselamatkan dan masalah 'tiada angin' di atas selesai.
1.11uF sahaja... (355J = 3.5uF) |
Gambar di atas dan bawah adalah bacaan nilai kapasitor yang rosak dan telah saya tukar.
281nF sahaja... (sepatutnya 2.1uF) |
Klip video di bawah dihantar oleh pemilik setelah PCB yang telah saya baiki diuji.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.