Tuesday, 10 August 2021

Mesin basuh LG WF-F733PC bocor

Hujung bulan lepas saya ada dirujuk sebuah mesin basuh berjenama LG, model WF-F733PC dengan masalah ada kebocoran air pada bahagian bawahnya.

LG WF-F733PC

Pemeriksaan awal dengan mata kasar tidak menemui sebarang kerosakkan namun saya syak mungkin kebocoran pada 'inner drain hose' seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Inner drain hose

'Inner drain hose' terletak pada bahagian bawah mesin basuh dan disambungkan dari 'drain valve' untuk membuang air.

Setelah 'inner drain hose' dibuka...

Setelah 'drain hose' dibuka dan diperiksa, terdapat kebocoran seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah. Kebocoran mungkin disebabkan struktur getahnya telah rapuh atau juga mungkin rosak akibat gegaran berulang-ulang ketika mesin basuh digunakan.

Bocor...

Memandangkan tiada alat ganti dijual di pasaran tempatan, saya tutup bahagian yang bocor menggunakan gam silikon di bahagian dalam dan luar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk kegunaan sementara .

Tutup dengan silikon

'Drain hose' yang telah digam menggunakan gam silikon harus dibiarkan semalaman supaya kering sebelum digunakan.

Siap...

Masalah kebocoran di atas selesai dan boleh digunakan untuk sementara sehingga alat ganti yang baharu diperolehi.

Both tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.