Thursday 12 August 2021

PHILIPS HD9303 kettle repair

Hari ini saya dirujuk sebuah cerek elektrik berjenama PHILIPS, model HD9303 dengan masalah pemegang penutupnya patah dan minta dibaiki.

Jenama: PHILIPS

Biasanya jarang yang akan membaiki masalah sedemikian dan terus menggunakannya atau gantikan dengan cerek yang baharu.

Model: HD9303

Bahagian patah yang saya maksudkan telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu hanya pada bahagian sebelah kiri sahaja.

Pemegang penutup patah...

Penutup cerek ini diperbuat daripada plastik yang tahan panas dan bahagian yang patah juga tidak ditemui.

Patah & hilang...

Jika bahagian yang patah itu masih ada, biasanya saya akan cuba gam kembali dengan menggunakan 'super glue'.

pasang dawai...

Memandangkan bahagian yang patah itu kecil, saya buat pemegangnya dengan menggunakan dawai tembaga seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Caranya ialah panaskan dawai tembaga dan cucuk pada bahagian yang patah.

Leburkan plastik & balut dawai...

Potong dawai tembaga yang berlebihan dan seterusnya saya leburkan plastik untuk menutup bahagian luar dawai sehingga membentuk saiz yang sama dengan asal supaya tidak longgar dan boleh dilihat pada gambar di bawah setelah siap.

Siap...

Cerek ini berjaya diselamatkan dan penutupnya tidak tanggal lagi.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.