Saturday 21 August 2021

BOSCH LBB 1946/00 Plena six-zone call station repair

Awal bulan ini saya ada membaiki sebuah amplifier BOSCH LBB 1935/20 anda boleh rujuk di sini.

BOSCH LBB 1946/00 Plena Six-zone call station

Awal minggu ini pula pemilik menghantar sebuah mikrofon atau 'call station' berjenama BOSCH, model LBB: 1946/00 dengan masalah langsung tidak berfungsi. Mikrofon ini adalah merupakan salah satu komponen yang dipasang bersama dengan amplifier BOSCH LBB 1935/20.

Pemilik hanya menghantar mikrofon sahaja dan saya tidak berpeluang untuk mengujinya.

Setelah dibuka dan pemeriksaan awal dengan mata kasar tidak menemui sebarang kerosakkan. Tiada komponen yang rosak juga ditemui setelah diperiksa dengan menggunakan multimeter.

Tompokan putih pada papan litar...

Saya hanya menemui satu tompokan putih pada bahagian atas papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas sahaja yang meragukan.

Dah bersih...

Apabila saya kikis, ianya tanggal dan rupanya seperti garam yang melekat setelah air garam telah tersejat. Memandangkan tiada kerosakkan lain ditemui, saya kembalikan kepada pemilik untuk diuji dan percaya atau tidak, pagi ini pemilik telah memaklumkan kepada saya bahawa ianya boleh digunakan semula.

Siap...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.