Tuesday 7 September 2021

National F-MN403 fan repair

Kipas angin ini adalah hadiah (free gift) ketika saya memasang alat penghawa dingin (1hp) yang juga berjenama National pada tahun 1997 dengan harga RM1,850.00.

National F-MN403

Kipas angin ini pernah saya selengara beberapa tahun lepas dan telah menukarkan 'copper bush' sebab telah haus dan menyebabkan rotor bergesel dengan stator.

Model: F-MN403

Baru-baru ini masalahnya ialah boleh digunakan ketika sejuk namun apabila telah panas ia akan berputar perlahan dan kadang-kadang padam sendiri.

The Breeze Communication - National

Setelah dibuka dan diperiksa, saya mendapati pemegang rotor bahagian belakang kipas berat/melekat apabila dipusing dengan tangan.

Minyak gris pada 'copper bush' belakang kering...

'Copper bush' tersebut telah saya lumurkan minyak gris ketika menukarnya dahulu dan kelihatan sebahagiannya telah kering. Apa yang saya lakukan kali ini ialah titiskan sedikit minyak mesin jahit berjenama SINGER untuk mencairkan gris yang telah kering.

Titiskan minyak mesin jahit (SINGER)...

Percaya atau tidak, masalah kipas berputar perlahan atau padam ketika panas sebelumnya telah selesai dan kipas angin kembali berfungsi semula tanpa masalah.

SINGER - all purpose oil

Sehingga blog ini ditulis, kipas tersebut telah seminggu diselengara serta digunakan setiap hari tanpa masalah lagi. Klip video di bawah saya rakam setelah siap diselengara dan motor bebas berputar.

Untuk pengetahuan semua, kipas angin ini telah bersama saya kira-kira 24 tahun dan setakat ini saya cuma menggantikan 'copper bush' sahaja. Kapasitor yang digunakan ialah jenis seramik dan masih elok walaupun telah puluhan tahun berkhidmat.

Saya hanya menggunakan kelajuan tahap 1 sahaja sepanjang masa dan tahap kelajuan 2 & 3 jarang-jarang digunakan.

Copper bush...

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.