Friday, 24 September 2021

i brand air conditioner remote control repair

Semalam saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh untuk penghawa dingin berjenama i dengan masalah skrin LCD langsung tidak menyala.

i brand aircon remote control

Pemilik memberitahu saya kadang-kadang skrin LCD boleh menyala apabila ditekan.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya menemui penyambung terminal negatif bateri pada papan litar longgar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Cold solder joint...

Masalah sedemikian sering terjadi apabila alat kawalan jauh terjatuh atau mungkin rosak sewaktu dibuka untuk membuat pemeriksaan.

Buang pateri lama...

Cara untuk membaikinya ialah dengan membuang pateri lama serta dibersihkan sebelum dipateri semula seperti ditunjukkan pada gambar di atas dan di bawah.

Pateri semula...

Alat kawalan jauh ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya mempateri semula penyambung terminal negatif bateri ke papan litar sahaja.

Siap...

Skrin alat kawalan jauh ini agak gelap dari biasa dan ianya adalah disebabkan polarizer di belakang skrin telah rosak.

Remove batteries if not used for long period...

Anda boleh rujuk di sini untuk cara-cara membaiki skrin yang gelap akibat kerosakkan polarizer.

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. salam boss...nak tanya, sy pengguna tv led LG 47inchi, masalahnya bila on suis, lampu standby langsung tak menyala. kenapa ye?

    Reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa PSU/adapter dulu. Jika elok (ada supply), mainboard rosak.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.