Semalam saya dirujuk sebuah amplifier buatan Korea berjenama ECLIPSE, model XA4200 dengan masalah salah satu channel bermasalah.
ECLIPSE XA4200 4 channel amplifier... |
Amplifier ini boleh berfungsi namun salah satu channel (left/rear) bermasalah iaitu suara yang terhasil mempunyai bunyi serak seperti tidak cukup elektrik.
Model: XA4200 (made in korea) |
Suara yang terhasil tidak jelas namun apabila dinyaringkan, masalah berkurangan ketika saya mengujinya sebelum dibuka untuk pemeriksaan.
Setelah penutup dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui ada kesan kebocoran pada penutup seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Kesan letupan dari sebiji kapasitor... |
Kesan letupan tersebut adalah dari kebocoran sebiji kapasitor 2200uF, 16v seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Kapasitor 2200uF, 16v kembung... |
Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang kerosakkan komponen lain selain daripada kapasitor di atas sahaja. Kapasitor yang kembung serta bocor harus ditukar.
2200uF, 16v |
Amplifier ini telah berjaya diselamatkan dan masalah selesai setelah dengan hanya menukarkan sebiji kapasitor yang kembung sahaja.
Siap |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.