Saturday 18 September 2021

FABER FVC Cyclonic Power 617 vacuum cleaner repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah alat penyedut hampagas berjenama FABER, model: FVC Cyclonic Power 617 dengan masalah suis kadang-kadang tidak berfungsi apabila ditekan.

FABER FVC Cyclonic Power 617

Bahagian luaran penyedut hampagas ini kelihatan nampak baru dan pemilik memberitahu saya ianya gagal berfungsi sahaja.

Model: FVC Cyclonic Power 617

Ketika saya mengujinya, saya dapati kadang-kadang suisnya gagal berfungsi apabila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Saya juga dapati kelajuan motor atau kekuatan menyedut juga tidak berubah apabila butang dilaras ketika berjaya dihidupkan.

Setelah penutup atas dibuka...

Dari ujian di atas, saya yakin masalahnya hanya pada butang suis sahaja dan gambar di atas menunjukkan lokasi suisnya setelah penutup dibuka.

Suis masih elok...

Apabila suis dibuka serta diperiksa, ianya masih elok namun pin bahagian tengah pada butang pelaras telah patah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Butang suis patah...

Masalah yang saya hadapi ialah gagal menemui alat ganti dan cuba gam bahagian yang telah patah dengan menggunakan 'epoxy glue' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Selain gam bahagian yang patah, saya juga lumurkan bahagian tepinya supaya lebih kuat serta tahan.

Gam guna 'epoxy glue'...

Setelah dibiarkan 'epoxy glue' kering semalaman dan dipasang kembali serta diuji, ianya telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.