Sunday, 12 September 2021

Pass tambahan seminggu - DiGi prepaid biGBonus28

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana untuk mendapatkan 'pass' tambahan seminggu dengan pakej biGBonus28 Digi.

suspended - 28/08/2021

Gambar di atas menunjukkan mesej yang saya terima menyatakan langganan internet saya berakhir pada 28/8/2021 namun masih boleh digunakan sehingga 2/9/2021 sebab dapat 'pass' tambahan bulan lepas.

Reload - 03/10/2021

Saya hanya 'reload' pada 3/9/2021 sebanyak RM30 dan pastinya tarikh luput akan berakhir selepas 30 hari iaitu pada 3/10/2021. Pakej yang saya langgan ialah biGBonus28 dengan harga RM28.00 sahaja sebulan.

Reload pada 03/9/2021

Apa yang saya dapat dari pakej biGBonus28 ialah:-

  1. biGBonus28 - 9GB
  2. biGBonus FREE 1GB (1pm - 7pm) - 30GB
  3. Free internet 300MB - 15 days (Redeem within 3 days)
  4. Free internet 6GB - 30 days (Redeem within 7 days)
Activate 6GB on 9/9/2021

Biasanaya saya akan tebus internet 300MB secepat mungkin sebab harus di tebus dalam 3 hari dan cuma sah untuk 15 hari sahaja serta akan habis kurang dari sehari.

Saya cuma akan tebus internet percuma 6GB pada hari ke-6. Bulan ini saya tebus pada 9/9/2021 dan akan tamat tempoh (expired) pada 9/10/2021 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

biGBonus28 - DiGi

Saya telah lama melakukan seperti di atas untuk mendapatkan pass tambahan setiap bulan:-

  • 28/8/2021 - tamat tempoh biGBonus28 namun masih boleh digunakan sehingga 2/9/2021
  • 3/9/2021 - reload RM30 dan dapat pass sebulan (30 hari) sehingga 3/10/2021
  • 9/9/2021 - tebus internet percuma 6GB dan dapat pass tambahan 6 hari sehingga 9/10/2021

Setiap bulan saya ada lebihan RM2.00 ('reload' RM30 dan langgan biGbonus28 dengan harga RM28). Selepas 14 bulan saya akan dapat sebulan pakej biGBonus28 dengan percuma.

Selamat berjimat...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.