Saturday, 11 September 2021

Bateri lithium kembung

Bateri lithium ini milik telefon Lenovo A889 yang dibeli pada tahun 2014 dan masih saya simpan sehingga hari ini.

Bateri Lenovo BL219 kembung...

Bateri ini kembung dan semakin membuncit namun tidak meletup. Walaupun telah hampir 5 tahun saya simpan, ianya masih menyimpan cas dan voltannya ialah 4.164v apabila diukur dengan multimeter.

Cucuk lubang kecil untuk buang gas...

Beberapa hari lepas saya telah cuba buang gas di dalamnya dengan menebuk lubang kecil menggunakan jarum seperti boleh dilihat pada gambar di atas sebab risau akan meletup satu hari nanti.

Tutup lubang guna 'wire tape'...

Setelah gas dibuang dan telah kempis, saya tutup lubangnya dengan menggunakan 'wire tape' seperti boloh dilihat pada gambar di atas.

4.164vdc...

Untuk percubaan, saya sambungkan bateri tersebut kepada 'battery charger protector' TP4056 serta module bluetooth XH-A158 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung kepada XH-A158

Untuk pengetahuan semua, bateri tersebut masih boleh digunakan dan boleh bertahan seharian tanpa di cas.

Tested - fully function

Bateri lithium kembung biasanya adalah disebabkan terlebih cas (overcharged) atau sering diletak ditempat yang panas. Kejadian bateri kembung saya di atas adalah disebabkan sering mengecas telefon ketika digunakan untuk bermain game clash of clan (COC)

Selain daripada itu, saya juga pernah menggunakan pengecas yang ampere tinggi supaya cepat penuh dan ianya sering menyebabkan telefon panas namun nasib agak baik sebab tidak melibatkan bateri meletup.

Jadi, cara untuk mengelak bateri telefon daripada kembung ialah:-

  1. Elak guna telefon ketika dicas
  2. Gunakan pengecas asal atau yang sama spesifikasi supaya tidak terlebih cas
  3. Elak bermain game pada telefon yang boleh menyebabkan telefon cepat panas seperti COC.
  4. Rehatkan pengunaan telefon jika telah mulai panas
  5. Elak guna bateri sehingga canyas telah habis atau sehingga telefon padam sendiri. Cas bateri apabila peratusannya pada kira-kira -/+20%.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.