Monday 6 September 2021

finder 40.61 PCB/plug-in 240v, 16A, 8 pins relay (40.61.8.240)

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu menyelengara geganti (relay) jenis arus ulang alik (AC) berjenama finder seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

finder 40.61 relay

Geganti ini digunakan pada 'boiler' dan masalahnya ialah kadang-kadang tidak berfungsi dan pemilik memberitahu saya ianya boleh berfungsi semula setelah diketuk.

Buka penutup...

Setelah diperiksa, saya dapati gegelung (coil) masih elok namun bahagian 'contact' ada kesan percikan api dan berwarna hitam seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

'Contact' kotor

Sewaktu zaman kanak-kanak, saya pernah melihat ayah saya menyelengara geganti pada enjin sangkut (outboard) dan saya gunakan teknik tersebut untuk cuba menyelengara geganti di atas.

Lipat kertas pasir...

Caranya ialah potong kertas pasir dan lipat separuh seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Gunakan kertas pasir yang halus dengan grit 500 atau 1000.

Gosok kertas pasir di antara 'contact'

Lepas itu masukkan kertas pasir yang dilipat ke bahagian 'contact' yang ingin dibersihkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan gosok sehingga bersih serta rata.

'Contact' dah bersih...

Tujuan mengosok 'contact' dengan kertas pasir yang dilipat seperti di atas ialah supaya kedua-dua permukaannya sama rata sebab digosok bersama.

Siap...

Anda juga boleh gosok sebelah sahaja seperti boleh ditonton pada klip video di bawah namun hasilnya tidak sebaik seperti di atas.

Untuk pengetahuna semua, geganti di atas telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula. Sekiranya masalah tidak selesai juga, anda perlu menukar geganti yang baharu untuk menyelesaikan masalah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.