Tuesday 9 April 2019

How To Test HV Diode

Jika kita ingin membaiki peralatan elektronik, kita harus tahu cara-cara menguji komponen eletronik. Hari ini saya kongsikan cara bagaimana menguji HV Diod yang digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave). Diod yang saya uji ialah 2CL4512H2D & CL04-12RG806.
Diod
Sebelum menguji HV diod, kita perlu tahu apa itu HV diod. HV diod adalah ringkasan untuk "high voltage diode'. Fungsinya hampir sama dengan diod-diod yang lain iaitu hanya membenarkan arus eletrik mengalir sehala sahaja tetapi HV diod di cipta khusus untuk menangani arus elektrik yang tinggi iaitu mencecah 12kV atau lebih.
Fungsi untuk menguji diod pada multimeter
HV diod tidak dapat diuji menggunakan 'fungsi untuk menguji diod' pada multimeter. Jika anda ingin tahu apa itu 'fungsi untuk menguji diod' pada multimeter, sila lihat gambar di atas.

Berikut saya kongsikan 3 kaedah bagaimana menentukan sama ada HV diod itu elok atau sebaliknya.

Kaedah 1 (guna bateri 9V)
  • Sebelum mula menguji HV diod, semak dahulu berapa voltan bateri yang digunakan. Gambar berikut merupakan voltan bateri yang saya gunakan - 8.15v. (Voltan kurang dari 9V sebab saya guna bateri lama)
Periksa voltan pada bateri - 8.15V
  • Sambungkan HV diod ke terminal +ve bateri dan anda akan dapat bacaan voltan yang kurang daripada sebelumnya. Jika voltannya sama dengan sebelumnya, HV diod tersebut perlu diganti sebab litar pintas. Biasanya voltan akan menurun kira-kira 3V atau lebih.
Selepas melalui diod 2CL4512H2D - 4.28V

Selepas melalui diod CL04-12RG806 - 4.00V
  • Jika HV diod disambung secara terbalik, diod yang elok tiada bacaan. Jika ada bacaan, HV diod tersebut perlu diganti/rosak.
Jika terbalik - tiada bacaan (diod elok)
Kaedah 2 (guna multimeter analog)
  • Jika anda mempunyai multimeter analog, laraskan multimeter anda ke X10K dan periksa seperti anda memeriksa diod-diod yang lain. Tiada bacaan jika diod disambung terbalik untuk diod yang elok.
Multimeter analog - guna x10K (ada bacaan)

Tiada bacaan jika disambung terbalik


Kaedah 3 (guna multimeter digital)

  • Seterusnya jika anda ingin menggunakan multimeter digital, pastikan multimeter anda mempunyai kemampuan mengukur rintangan sehingga jutaan ohm. Multimeter yang saya tunjukkan di bawah mampu mengukur sehingga 200juta ohm. Jika multimeter anda tiada kemampuan tersebut, abaikan kaedah yang ke-3.
Multimeter digital - guna 200M
  • Tiada bacaan pada multimeter jika HV diod yang elok disambung terbalik seperti pada gambar di atas.
Diod 2CL4512H2D - 10.1 juta ohm

Diod CL04-12RG806 - 17.4 juta ohm

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

6 comments:

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.