Wednesday, 5 October 2022

SHARP R-218L(S) microwave repair

Minggu lepas saya telah dirujuk 3 buah microwave dan kesemuanya berjenama SHARP. Sebuah dengan masalah ada percikan api bila digunakan dan ianya mudah dibaiki iaitu kerosakkan mica waveguide serta magnetron cap sahaja.

SHARP R-218L(S)

Dua buah lagi dengan masalah tidak panas dan salah satunya telah berjaya saya baiki serta dikongsikan di sini.

Model: R-218L(S)

Microwave ini masalah asalnya juga tidak panas dan pemeriksaan awal hanya menemui HV fuse (600mA) sahaja yang putus. Setelah HV fuse ditukar dan diuji, ianya boleh berfungsi beberapa saat sahaja namun langsung gagal berfungsi lagi selepas itu.

Setelah penutup dibuka...

Kerosakkan kali ke-2 melibatkan fius utama 6.3A putus dan litar pintas pada HV capacitor. Saya gantikan HV capacitor serta fius utamanya dan diuji semula. Percaya atau tidak, komponen yang sama baru ditukar rosak lagi.

Gantikan HV diode...

Pemeriksaan seterusnya mendapati HV diode yang digunakan juga sama labelnya dengan microwave yang juga baru dibaiki dan anda boleh rujuk di sini iaitu T3509. Walaupun pemeriksaan menggunakan multimeter menunjukkan ianya elok sebagai diod namun rintangannya rendah iaitu kira-kira 110kΩ berbanding HV diode yang baharu dengan rintangan kira-kira 160kΩ.

Komponen yang rosak...

Masalah selesai setelah HV diode telah saya gantikan bersama HV capasitor serta fius utama yang rosak sebelumnya.

Kerosakkan dua biji HV capacitor di atas mungkin disebabkan terlebih arus elektrik melaluinya sebab rintangan HV diode rendah.

Kesimpulan dari dua microwave yang dirujuk kali ini ialah, saya dapati HV diode dengan label T3509 tidak berkualiti. Selama saya membaiki microwave, HV diode yang rosak biasanya mengalami litar pintas atau putus dan ianya boleh diketahui dengan mudah setelah diperiksa menggunakan multimeter.

Ini adalah pengalaman yang sangat berharga serta mahal sebab mengakibatkan kerosakkan dua biji HV capacitor.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.