All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Saturday 9 March 2019
FSP250-50GUB SMPS repair
Hari ini kongsikan pengalaman baru membaiki SMPS (switching mode power supply) buatan FSP Group Inc., model: FSP250-50GUB. Saya pernah membaiki SMPS yang sama tidak lama dahulu dan anda boleh membacanya di sini.
Pandangan luar SMPS
Masalah SMPS ini ketika dirujuk kepada saya ialah tiada output 12V, 5V & 3.3V. Namun bila saya periksa 5V standby (wayar biru) ada bacaan.
Model: FSP250-50GUB
Cuma 5V sahaja yang ada bacaan (wayar biru)
Kapasitor 1000uF, 16V kembung (perlu di ganti)
Setelah dibuka, komponen yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar ialah kapasitor 1000uF, 16V seperti anda boleh dilihat pada gambar di atas.
Kapasitor baru 1000uF, 16V
Setelah kapasitor tersebut diganti dan di uji, masalahnya tetap sama iaitu cuma ada 5V standby sahaja.
Perintang 10 ohm putus
Oleh yang demikian, saya mulai memeriksa komponen yang lain iaitu N-channel mosfet (10N60) dan berada dalam keadaan baik. seterusnya saya memeriksa perintang yang disambung kepada N-channel mosfet tersebut dan didapati sebiji perintang 10 ohm putus dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas.
Keluarkan perintang yang rosak
Perintang 10 ohm yang baru
Saya tidak mempunyai perintang yang sama iaitu jenis SMD (surface mounted device) dan saya gantikan dengan perintang ceramik 10ohm (coklat, hitam, hitam) seperti pada gambar di atas. Setelah perintang 10 ohm tersebut diganti dan diuji, kini SMPS tersebut kembali berfungsi.
10 ohm - putus (rosak)
Peralatan eletronik sekarang amat canggih dan komponennya amat halus dan susah untuk diperiksa dan dibaiki. Cuba anda lihat gambar di atas dan bayangkan betapa halusnya komponen yang bergelar perintang 10ohm tersebut.
Tested - ok
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.