Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki subwoofer kereta berjenama DEBEZT. Subwoofer ini boleh dihidupkan namun hanya mengeluarkan sedikit sahaja bunyi bass walaupun 'volume' & 'treble' telah dilaras maksima.
|
DEBEZT Car Audio Subwoofer |
Seteleh dibuka dan di periksa papan litar utama, komponen yang rosak ialah seperti berikut:-
- 2 biji peringtang 681Ohm, 1W (Biru, Kelabu, Choklat)
- 2 biji 12V zener diod, 1W
|
Papan Litar Utama |
|
Beginilah rupa perintang 681ohm yang telah hangus. |
|
Perintang yang baru |
Pada mulanya saya hanya menukar 2 biji perintang sahaja dan setelah diuji, ianya masih mengeluarkan sedikit bunyi bass sahaja seperti sebelumnya. Bunyi bass kedengaran adalah seperti kekurangan bekalan eletrik.
Apabila diukur output pada zener diod juga menunjukkan 12V dan tiada tanda-tanda kerosakan zener diod bila diukur dengan multimeter.
Namun tiada komponen lain yang didapati rosak dan saya terpaksa mencuba untuk menukar sahaja zener diod 12V, 1W tersebut kerana ianya berhampiran dengan perintang yang hangus. Setelah diganti zener diod barulah subwoofer tersebut mengeluarkan bunyi bass yang sepatutnya.
|
Tested - OK |
Selamat mencuba...
Saya ada sebiji sama tak ada power apa boleh check tak ada apa tanda yg rosak
ReplyDeleteBuka dan lihat papan litar tersebut. Biasanya komoponen yang rosak boleh dilihat dengan mata kasar.
DeleteJika tidak nampak sebarang kerosakan dengan mata kasar, kena periksa komponen dengan multimeter.
Kalau nak saya periksa, kena hantar woofer tersebut kepada saya. Saya berada di Miri, Sarawak.
Ni dalam box dia ada papan elektronik ke? Atau awk buka power amp?
ReplyDeleteYa, subwoofer ini ada preamplifier & amplifier di dalamnya.
Delete