Monday 25 March 2019

SAMSUNG 2333SW monitor repair

Hari ini saya berjaya membaiki sebuah monitor berjenama SAMSUNG, Model: 2333SW. Monitor ini telah lama dirujuk kepada saya namun tidak berjaya dibaiki sebelum ini.
SAMSUNG 2333SW
Masalah monitor ini ketika dirujuk kepada saya ialah tidak boleh dihidupkan dan percubaaan sebelum ini untuk membaikinya tidak berjaya sebab tidak menjumpai salah satu penyebabnya.
Dua papan litar sahaja
Apabila dibuka, cuma terdapat dua keping papan litar sahaja dan memandangkan ianya tidak dapat dihidupkan sama sekali maka masalahnya sudah tentu pada 'power board'.
Power board (FSP050-2PI05)
Komponen yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar ialah ic dengan nombor rujukan TOP257 meletup dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
TOP257 meletup
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang didapati rosak ialah:-
  1. TOP257 ic
  2. 2561 optocoupler
  3. KIA431A
Schemetic untuk power board FSP050-2PI05
Namun setelah menggantikan kesemua komponen yang didapati rosak seperti tertera di atas, monitor tersebut masih gagal dihidupkan. Seterusnya saya terpaksa merujuk kepada schematic papan litar dan menguji nilai pada setiap zener diod yang ada pada papan litar.
ZD121 cuma 3.6V sahaja
Setelah sekian lama mencuba satu per satu zener diod yang ada, akhirnya saya menjumpai sebiji diod dengan rujukan ZD121 yang memerlukan 12v namun bila diukur, cuma 3.64v sahaja seperti pada gambar di atas.

Jika anda ingin tahu cara menentukan voltan zener diod, anda boleh membacanya di sini.
Tested - ok
Setelah zener diod tersebut diganti dan diuji, baru lah monitor tersebut boleh dihidupkan.
Output: 3.3V, 5.1V & 18V
Lepas monitor tersebut dapat dihidupkan, satu lagi masalah timbul iaitu salah satu voltan output bila diukur ialah 24V dan melebihi apa yang tercatat pada papan litar iaitu cuma 18V. 3.3V & 5.1V semuanya tepat. Lepas semak schematic di atas barulah lega sebab ZD260 & ZD261 disambung bersiri dengan zener diod 12V. Jadi memang 24v dan bukannya 18v.

Saya yakin papan litar tersebut pada asalnya dibuat untuk monitor bersaiz kecil (17" atau 19") yang hanya memerlukan 18v sahaja. Namun monitor yang saya baiki itu berukuran 23" dan memerlukan voltan lebih tinggi. Cara paling mudah ialah dengan menukar zener diod ZD260 & ZD261 kepada 12v. Jika ingin menurunkan voltan tersebut kepada 18v, gantikan kedua-dua zener diod tersebut dengan zener diod 9v. Senang kan?

Persoalan yang masih tertinggal di kepala saya dan tidak terjawab ialah kenapa nilai zener diod tersebut cuma 3.6V sedangkan pada schematic menyatakan bahawa 12v diperlukan?
  1. Adakah nilai zener diod tersebut menyusut akibat daripada TOP357 ic meletup? (pengalaman saya selama ini ialah kerosakan pada zener diod ialah sama ada 'putus' atau 'litar pintas')
  2. Mungkinkah dari dulu lagi zener diod 3.6v digunakan pada papan litar? (saya telah mencuba zener diod 4.3v, 5v & 9v, kesemuanya tidak menjadi)
Semua komponen yang di tukar
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.