Saturday 16 March 2019

DELL E156FPc repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah monitor berjenama DELL, Model: E156FPc dengan masalah tidak dapat dihidupkan sama sekali (lampu 'standby' juga tiada).

Saya diberitahu bahawa punca kerosakannya ialah disebabkan oleh ketiadaan bekalan elektrik semalam kira-kira sejam di seluruh Miri. Selepas bekalan elektrik pulih, monitor tersebut tidak dapat dihidupkan semula.

Adakah punca terputusnya bekalan elektrik (blackout) menyebabkan kerosakkan monitor tersebut? Apa pandangan anda? Kita buka & lihat dahulu...
DELL - Buatan China

Model: E156FPc
Di dalam monitor tersebut cuma ada 2 keping papan litar sahaja. Memandangkan masalahnya tidak dapat dihidupkan, maka masalahnya sudah tentu pada 'power board'.
2 papan litar sahaja
Setelah 'power board' dibuka dan diperiksa, komponen yang didapati rosak ialah kapasitor utama 100uF, 450v dan sebiji lagi kapasitor kecil 100uF, 25V seperti bertanda pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak
Kapasitor utama tersebut didapati bocor & salah satu kakinya telah putus akibat daripada kebocoran tersebut dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Kapasitor telah bocor

Komponen baru
Setelah di ganti komponen-komponen yang didapati rosak dan diuji, monitor tersebut kini kembali berfungsi.

Berbalik kepada soalan saya di atas, adakah punca 'blackout' penyebab kerosakan komponen-komponen tersebut? Jawapan saya: TIDAK.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.