Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'vacuum sealer' dengan masalah proses vacuum gagal berfungsi.
FreshpackPro-HP vacuum sealer |
Sewaktu saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan serta boleh melakukan 'sealing' namun gagal 'vacuum' (menyedut udara).
Model: SL-1001 |
Lampu hijau berkelip-kelip setelah butang vacuum ditekan namun senyap tanpa sebarang aktiviti.
Setelah dibuka... |
Saya menjangkakan mungkin masalah motor, pam atau mungkin ada komponen pada papan litar yang rosak.
Tiada kerosakkan komponen pada pada papan litar... |
Pemeriksaan dengan pandangan kasar pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak.
Motor pam gagal berfungsi... |
Seterusnya saya uji motor pam dan mendapati ianya gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik 12v.
Setelah pam dibuka... |
Bahagian dalam pam kelihatan berkarat setelah dibuka dan motor juga gagal berpusing bila ditolak dengan jari.
Selengara motor... |
Saya buka motor untuk melakukan proses penyelengaraan dan bahagian pengandar motor saya bubuh gris agar licin.
Bubuh gris... |
Setelah motor siap diselengara serta diuji, motor boleh berpusing namun sebiji kapasitor yang disambung selari sangat panas walaupun diuji sekejap sahaja.
Litar pintas pada kapasitor (104 = 100nf) |
Pada mulanya saya potong/buang kapasitor tersebut dan dipasang kembali ke papan litar untuk diuji.
Kapasitor 104 rosak... |
Walaupun motor boleh berfungsi bila diuji dengan menggunakan transformer 12v namun ianya gagal berfungsi setelah dipasang ke papan litar sebab tiada kapasitor yang berlabel 104 disambung selari.
Gantikan kapasitor baharu... |
Masalah selesai setelah saya gantikan kapasitor dengan nombor rujukan 104 (100nf) pada bahagian motor seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.