Friday 1 September 2023

F-12V400W PSU repair

Semalam saya telah dirujuk sebuah PSU untuk kegunaan lampu papan tanda (signage) buatan China dengan label F12V400W seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

F-12v400W

Menurut pemilik, masalahnya ialah lampu papan tanda tidak menyala dan apabila saya uji, ianya boleh menghasilkan output tetapi cuma kira-kira 2v sahaja.

Setelah papan litar dikeluarkan...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya dapati ada kesan panas melampau pada sebiji mosfet seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Panas melampau pada sebiji mosfet...

Pemeriksaan pada mosfet mendapati ianya telah mengalami litar pintas. Label pada mosfet tersebut ialah 13N500 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

13N500

Pemeriksaan pada komponen berdekatan tidak menemui sebarang komponen lain yang rosak selain sebiji mosfet jenis N-channel di atas.

Gantikan mosfet baharu...

PSU ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya menggantikan sebiji mosfet sahaja.

Tested - ok

Menurut label, PSU ini mampu menghasilkan arus output mencecah 33.3A namun mosfet yang digunakan cuma 13A sebiji dan menggunakan dua biji disambung selari. Jadi arus maximum yang boleh ditangani oleh kedua-dua mosfet tersebut cuma 26A sahaja.

33.3A

Saya berpendapat mosfet tersebut rosak sebab terlebih bebanan (load) serta tidak mampu menangani arus melebihi 26A dan bukannya 33.3A seperti tertera pada label.

Masalah serupa juga saya temui pada salah sebuah PSU yang pernah dibaiki dahulu dan anda boleh rujuk di sini.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.