Friday 24 January 2020

JOVEN 880e water heater repair

Hari ini saya dirujuk sebuah 'water heater' berjenama JOVEN, Model: 880e dengan masalah lampu hijau tidak menyala dan tidak panas.
Joven 880e
Pemeriksaan pada lampu hijau yang tidak menyala adalah disebabkan salah satu terminalnya berkarat serta putus dan telah saya sambung kembali seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Lampu hijau tak menyala...

Seterusnya pemeriksaan pada flow sensor mendapati bahawa magnetnya tidak bebas bergerak dan setelah dibuka, keadaannya boleh dilihat seperti pada gambar di bawah. Flow sensor tidak dapat dibaiki dan perlu ditukar dengan yang baru.
Flow sensor rosak
Setelah flow sensor ditukar dan diuji, kadang-kadang lampu merah masih tidak menyala disebabkan reed sensor kurang sensitif dan jauh dari flow sensor. Bagi mengatasi masalah sebegini, cara untuk mendekatkan reed switch kepada flow sensor ialah dengan memindahkan reed sensor ke bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Reed switch dipindah ke bawah...
Setelah reed switch dipindahkan ke bahagian bawah papan litar dan diuji, kini masalah kadang-kadang tidak panas telah selesai dan kembali berfungsi seperti biasa.
Tested - ok
Selamat mencuba...

8 comments:

  1. Salam. Pam air di rumah saya jenama ELBA tidak berfungsi. Air panas tiada masalah. Adakah ini bermaksud flow sensor kemungkinan rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika air boleh panas, bukan masalah flow sensor. Periksa pump, biasanya carbon brush habis dan perlu diganti. Jika tiada masalah pada pump, ada kemungkinan komponen rosak pada pcb dan biasanya perintang putus.

      Delete
  2. Ada tak no org yg bole servis atau repair joven 880p..problem mcm pump tak jalan air slow keluar n tak panas

    ReplyDelete
  3. Bang, flow sensor tu location dia kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian kanan (tempat air mengalir masuk). Sebiji reed switch pada papan litar & magnet berada didalamnya.

      https://youtu.be/kBYGz7XpfOc

      Delete
  4. Bos!water heatee Alpha pump ok tp air x panas(x nyala led air panas)masalah apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya belum pernah dirujuk jenama Alpha. Jika jenama Joven, masalahnya pada flow sensor.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.