Hari ini saya kongsikan satu makanan tradisi kaum tionghua berasaskan beras pulut.
 |
"Xi" diperbuat dari tepung pulut... |
Saya tidak pasti apa namanya dalam bahasa Malaysia namun dalam bahasa ibunda saya iaitu foochow ianya dipanggil "xi".
 |
Potong kecil-kecil... |
"Xi" merupakan makanan pertama di pagi tahun baharu cina pada hari pertama. "Xi" di buat pada malam sebelumnya iaitu setelah "reunion dinner".
 |
Goreng dengan api yang kecil... |
Cara membuat "xi" sangat mudah iaitu menggunakan tepung beras pulut serta tepung beras biasa sahaja dan caranya ialah:-
- Campur tepung beras pulut dengan sedikit air dan gaul sehingga ianya seperti adunan membuat roti (bread).
- Buatkan adunan bentuk bulat sebesar tapak tangan seperti gambar pertama di atas dengan ketebalan kira-kira setengah inci.
- Rebus adunan di dalam air mendidih sehingga timbul.
- Setelah timbul masukkannya ke dalam tepung beras biasa supaya tidak melekat dan simpan di atas daun pisang semalaman seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.
 |
Goreng sehingga warnanya kekuningan seperti biskut... |
Pada pagi berikutnya, "xi" akan dipotong kecil-kecil dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga warna kekuningan seperti gambar di atas. Tujuan digoreng dengan minyak ialah supaya ianya sedikit rangup dan tidak melekat di antara satu sama lain.
 |
Masukkan air... |
Kemudian tambah air serta gula dan didihkan sehingga airnya pekat.
 |
Tambah gula... |
Rupa "Xi" yang telah siap untuk dimakan adalah seperti pada gambar di bawah.
 |
Siap untuk dimakan... |
Selamat menjamu selera...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.