Thursday 30 January 2020

RUCKUS adapter (SMPS) repair

Adapter berjenama RUCKUS seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
Inductor putus...
Hari ini saya dirujuk sebiji lagi adapter yang sama dengan masalah voltan output tidak stabil iaitu diantara 8vdc - 11vdc apabila diukur dengan multimeter. Adapter ini sepatutnya menghasilkan output 12vdc.
Kiri: inductor rosak, Kanan: Inductor baru
Pemeriksaan awal menjumpai sebiji inductor putus seperti boleh dilihat seperti pada gambar di atas. Sebelum inductor tersebut ditukar, voltan pada kapasitor utama cuma kira-kira 125vdc sahaja dan jauh lebih rendah daripada normal iaitu 350vdc hingga 385vdc.
Siap...
Setelah inductor tersebut ditukar dan diuji, masalah voltan output tidak stabil telah selesai dan voltan pada kapasitor utama kini kira-kira 360vdc.
Tested - ok
Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Salam petang tuan Hercules Wong. Inductor tu, ada cara untuk dapatkan replacement part yang sama kalau kita tak tahu value dia? Dalam gambar tu nampaknya tuan Wong dapat replace dgn part yang serupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tahu berapa nilainya dalam unit Henry. Saya ambil inductor dari adapter sama yang tak dapat dibaiki.

      Saya pernah rewind sekali dan boleh digunakan. Caranya ialah buka inductor lama & kira berapa lilitannya. Lepas itu guna enameled copper wire yang sama saiz dan lilit semula.

      Delete
    2. Terima kasih tuan Wong bagi tip. Saya belum pernah cuba buat winding untuk inductor kecik. Pernah buat winding untuk transformer saja beberapa tahun dulu untuk speaker PC altec lancing saya. Sayang nak buang sebab bunyi dia sedap walaupun dah lama.

      Lepas nie saya akan cuba wind inductor kecik kalau jumpa masalah macam tuan Wong.

      Delete
    3. Sama-sama, inductors jarang rosak. Saya juga pernah rewind inductors untuk PSU TV dan setakat ini tiada masalah berulang.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/01/panasonic-viera-th-l42u5k-lcd-tv-repair.html?m=1

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.