All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Wednesday 29 January 2020
SAMSUNG UA43K5100AK COF ic faulty
Hari ini saya kongsikan sesuatu yang memerlukan kepakaran serta peralatan khas untuk membaikinya.
Jenama: SAMSUNG
TV LED kali ini berjenama SAMSUNG, Model: UA43K5100AK dengan masalah skrin yang mempunyai garis menegak pada bahagian bawah sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Model: UA43K5100AK
Ini merupakan kali pertama saya dirujuk masalah TV sedemikian dan untuk mengetahui kerosakkannya kita harus buka dan periksa.
Gambar bahagian bawah bermasalah...
Gambar di bawah menunjukkan papan litar yang kelihatan setelah penutup belakang dibuka dan untuk makluman semua setelah diperiksa, kesemuanya masih elok dan tidak bermasalah.
Setelah penutup belakang dibuka...
Masalahnya ialah pada bahagian yang telah saya tandakan pada gambar di bawah di mana setiap penyambung mempunyai sebiji ic (Integrated Circuit) dan dikenali sebagai COF ic. COF adalah singkatan untuk 'chip on film'
Lokasi COF ic...
Terdapat empat penyambung tersebut dan setiap satunya mempunyai sebiji COF ic. Hari ini saya cuma mampu mengenalpasti penyebab kerosakkannya dan setakat ini saya belum pernah menukar COF ic pada mana-mana TV.
COF ic
Kepakaran serta peralatan yang saya ada tidak mencukupi dan di tempat saya juga tiada kepakaran menukar COF ic setakat ini.
sambungan ke skrin LED...
Video klip di bawah menunjukkan cara manual bagaimana menukar COF ic tersebut jika anda berhajat untuk mencuba membaikinya sendiri.
Hi, boleh tunjukkan bagaimana cara untuk menggantikan backlight tv ini
ReplyDeleteKena buka skrin, tunggu ada TV sama nanti saya tunjukkan.
Delete