Wednesday 1 January 2020

2020

20 tahun yang lepas dunia berdepan dengan masalah Y2K yang telah ditangani dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Dataran Merdeka - 2020 countdown...
Negara kita suatu ketika dahulu telah menyasarkan tahun 2020 untuk mencapai negara maju dan saya yakin ianya telah tersasar jauh...
270 artikel untuk tahun 2019
Itu cerita negara dan saya tidak layak mempertikaikannya atas sebab saya cuma insan kerdil yang juga masih punya banyak hajat serta cita-cita belum tercapai.
Jumlah 'pageviews' - 463 ribu setakat 31/12/2019
Pencapaian yang boleh dibanggakan tahun lepas ialah blog saya kembali aktif dengan artikel yang saya rasa harus dikongsikan kepada dunia agar tidak membazir.

Hajat tahun baru ini untuk blog saya ialah agar saya mampu menghasilkan satu artikel setiap hari. Ini bermaksud saya perlu menghasilkan 366 artikel sebab tahun 2020 merupakan tahun lompat dan mempunyai 366 hari.
$9.76 as at 31/12/2019 (Aug 2019 - Dec 2019)
Sejak dibangku sekolah lagi saya amat berminat dengan segala yang berkaitan dengan elektronik.

Namun minat hanya tinggal minat apabila banyak kekangan yang terpaksa saya lalui sehingga terpaksa dilupakan seketika demi kelangsungan hidup.
Popular post...
Semuanya kerana WANG. Apabila kewangan telah stabil kita akan kembali membuat sesuatu yang kita minati. Saya yakin ramai yang melalui situasi sebegini dan pasti juga ramai yang tidak berpeluang membuat sesuatu yang mereka minati.
Popular post...

Adakah anda kini melakukan sesuatu yang anda minati atau kerana terpaksa?

Jika ya, syabas sebab anda telah mencapai wawasan pribadi anda.

Jika tidak, cari jalan untuk memerdekakan diri anda.
Popular post...
Bagi saya, saya telah merdeka 15 tahun yang lepas dan bebas melakukan apa yang saya minati termasuk bidang binabadan (bodybuilding) walaupun beberapa kali saya terpaksa berhenti atas sebab kesihatan serta kecederaan. Semoga hajat saya untuk menyertai pertandingan binabadan tahun ini dipermudahkan.

Selamat Tahun Baru 2020!


No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.