Thursday, 2 January 2020

SAMSUNG PA43H4000 Plasma TV repair

Hujung tahun lepas saya dirujuk sebuah TV Plasma berjenama SAMSUNG, Model: PA43H4000 dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan dan lampu standby juga tidak menyala.
SAMSUNG PA43H4000
Sebelum dibuka, pemeriksaan awal mendapati fius pada wayar telah hilang dan setelah diganti serta diuji, ternyata lampu merah standby tidak menyala.
Fius lebih berharga dari TV...
Apabila dibuka dan diperiksa, PSU (power supply unit) tidak menghasilkan sebarang output termasuk 5v standby.
Setelah penutup belakang dibuka...
Jadi saya buka PSU dan pemeriksaan dengan mata kasar mendapati banyak penyambung berkarat dan sebahagiannya telah saya tandakan pada gambar di bawah.
PSU (Power supply unit)
Salah satu penyambung yang berkarat mempunyai kesan terbakar dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Kesan terbakar...
Apabila saya sentuh bahagian yang kelihatan terbakar, ianya langsung putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Putus...
Walaupun penyambung lain yang berkarat tidak putus, saya tukar kesemuanya untuk keselamatan kerana ianya hanya menunggu masa dan akan putus bila-bila masa.
Sambung balik yang putus dengan dawai baru...
Pemeriksaan pada bahagian bawah papan litar juga ada yang berkarat dan rupanya seakan-akan batu karang di lautan.
Bawah papan litar juga ada yang berkarat...
Ini merupakan kali pertama saya menjumpai papan litar sebegini (berkarat) dan jika anda tanya saya kenapa ianya terjadi, jawapan saya ialah kemungkinan ianya disebabkan proses kondensasi pada bilik yang berhawa dingin
Banyak penyambung yang berkarat...
Setelah kesemua penyambung yang berkarat saya tukarkan dengan yang baru dan diuji, kini TV tersebut boleh menghasilkan output 5v & 15v.
Testing...
Apabila saya pasang kembali ke TV dan diuji semula, ianya telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.