Sunday 19 January 2020

Post Mortem - missing voltage

Beberapa minggu yang lepas saya telah menemui sesuatu yang agak pelik iaitu kehilangan voltan arus elektrik ulang alik (AC) daripada 240vac kepada 12vac sahaja pada 'extension cable' dan anda boleh membacanya di sini.
Wayar neutral (N) tidak bersambung...
Setelah saya melakukan 'post mortem' akhirnya saya menjumpai punca kenapa bacaan pada multimeter ketika itu cuma kira-kira 12vac sahaja.

Puncanya ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas iaitu wayar neutral (N) tidak bersambung ketika saya mengukur menggunakan multimeter dan bacaan multimeter hanya pada wayar hidup (L) sahaja.
Bacaan multimeter tanpa wayar neutral (N)...
Bagi membuktikan bacaan ketika itu hanya pada wayar hidup (L) sahaja, saya sentuh satu sahaja terminal multimeter kepada wayar hidup (L) seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bacaannya adalah sama seperti yang saya dapat ketika menukur 'extension cable' yang lepas.

Apabila saya menyambungkan kedua-dua terminal multimeter kepada soket seperti boleh dilihat pada gambar di bawah baru lah saya mendapat bacaan sebenar iaitu 240vac.
Bacaan multimeter pada wayar live (L) dan neutral (N)
Jika saya menggunakan multimeter analog, masalah sedemikian tidak akan terjadi disebabkan multimeter analog hanya akan menunjukkan bacaan jika litar elektrik lengkap iaitu kedua-dua terminalnya harus bersambung kepada wayar neutral dan wayar hidup. Tiada bacaan jika hanya salah satu terminal multimeter analog sahaja yang bersentuh seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Tiada bacaan... (multimeter analog)
Benda yang canggih kadang-kadang mengelirukan kita seperti contoh pada artikel kali ini. Pengguna harus arif dengan 'handling' pada sesebuah multimeter.
240vac (multimeter analog)
Ketika saya baru berjinak-jinak dengan elektrik/elektronik 30 tahun yang lepas, multimeter digital belum wujud lagi.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.