Kena caj Service Tax - RM25 |
Mereka berjanji akan mengirimkan kad kredit yang baru kepada saya namun berakhir dengan kad kredit tersebut tidak dapat digunakan lagi setelah tamat tempoh yang ditetapkan.
Tak dapat 'waive'... |
Oleh kerana kad tersebut diberi secara percuma dengan tanpa sebarang caj, saya biarkan sahaja sehingga kad kredit tersebut tamat tempoh (expired) dengan harapan akan digantikan dengan kad kredit yang baru.
Aduan kepada BNM... |
Nasib tidak meyebelahi saya apabila saya dicaj sebanyak RM25.00 pada bulan april tahun lepas seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.
Saya mengadu kepada pihak CIMB mengenai masalah di atas dan tidak berpuas hati dengan caj RM25.00 tersebut dengan alasan mereka tidak memberi perkhidmatan kepada saya.
Untuk makluman semua, setelah kerajaan BN dijatuhkan oleh kerajaan PH sekarang, service tax telah diperkenalkan dan semua pemegang kad kredit diwajibkan membayar RM25.00 setiap tahun.
Aduan saya tidak dilayan oleh pihak CIMB dan mereka bertindak memberhentikan terus kad kredit tersebut serta tidak mahu mengembalikan wang lebihan saya sebanyak RM15.66 tersebut. Begitu juga dengan penyata akaun yang turut lenyap dan tidak di e-mail kepada saya lagi selepas itu...
Pengesahan automatik BNM... |
Bagi membuktikan yang mereka tidak memberikan perkhidmatan kepada saya, berikut merupakan alasan saya berikan kepada mereka:-
- Saya tidak menerima kad kredit baru seperti yang dijanjikan
- Tiada sebarang transaksi selepas kad lama tidak dapat digunakan
- Tiada rekod kad baru telah diaktifkan. Jika benar saya ada menerima kad yang baru, saya perlu mengaktifkan (ativate) kad kredit yang baru sebelum ianya boleh digunakan.
Tindakan BNM... |
Refunded... |
Nampaknya selepas ini saya terpaksa menghantar e-mail untuk batalkan kad kredit yang tak kunjung tiba bertahun-tahun lamanya bagi mengelak dicaj RM25 cukai perkhidmatan (service tax) semula...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.