Kali ini saya kongsikan sesuatu yang tidak dapat dibaiki iaitu alat kawalan jauh berjenama Panasonic.
 |
Jenama: Panasonic |
Ketika dirujuk kepada saya, pemilik memberitahu saya bahawa tulisan pada skrinnya tidak terang seperti boleh dilihat pada gambar di atas walaupun bateri telah ditukar dengan yang baru.
 |
Ada bekas kena umpil... |
Ketika saya ingin membukanya, saya ternampak bekas yang telah diumpil pada tepi alat kawalan jauh tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
 |
Skrin dah pecah... |
Apabila saya buka, kelihatan skrinnya telah pecah akibat diumpil oleh seseorang sebelumnya dan boleh dilihat seperti pada gambar di atas dan di bawah.
 |
Beyond repair... |
Kerosakkan sebegini sama seperti TV LCD/LED yang telah pecah layarnya dan ianya tidak dapat dibaiki.
Sila rujuk kepada mereka yang berpengalaman untuk membaiki peralatan elektrik atau elektronik anda...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.