Baru-baru ini saya telah dirujuk satu LED driver berjenama Landlite, Model: LD350-A3-A8 untuk kegunaan lampu dinding.
|
Jenama: Landlite, Model: LD350-A3-A8 |
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah lampu dinding tidak menyala dan setelah diperiksa, masalahnya ialah pada LED driver yang tidak menghasilkan output untuk kegunaan lampu tersebut.
|
Setelah penutup dibuka... |
Pemeriksaan pada LED driver tersebut menemui sebiji diod dengan nombor rujukan HER203 putus dan telah saya keluarkan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
|
Gantikan diode HER203 yang baru... |
Setelah diod tersebut saya ganti dengan yang baru dan diuji, LED driver tersebut menghasilkan ouput semula dan boleh menyalakan lampu dinding tersebut semula.
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.