Friday 17 January 2020

JVD Duchesse SS 866914 Kettle repair

Hari ini saya kongsikan sesuatu yang agak pelik atau tidak masuk akal tetapi benar dan saya kira kejadian seperti ini berlaku di antara satu dalam seribu
Jenama: JVD
Cerek elektrik ini kepunyaan sebuah apartment untuk disewa dan cuba anda teka kenapa penutup bahagian bawahnya lebur seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
Penutup bahagian bawah lebur...
Pemilik memberitahu saya ianya lebur ketika penyewa apartment memasak air menggunakan cerek tersebut di atas 'induction cooker'. Jangan ketawa ya, ini bukan cerita donggeng atau rekaan...
Gantikan penutup baru...
Kerosakkan cerek tersebut hanya pada penutup bahagian bawahnya sahaja dan setelah ditukar penutup baru, ianya masih boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.