All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Friday, 3 January 2020
APC Black-UPS RS1100 repair
UPS seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
APC RS 1100 UPS
Kali ini saya dirujuk sebiji lagi UPS yang sama dengan masalah jika bekalan elektrik terputus, buzzer berbunyi terus menerus dan lampu indikator yang berwarna hijau juga padam.
Kerosakkan pada 'low ESR capacacitor'...
Pemeriksaan awal pada baterinya tidak bermasalah serta masih elok. Seterusnya saya buka dan periksa papan litarnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
OL = Open Loop
Pemeriksaan menyeluruh hanya menjumpai sebiji kapasitor dengan nilai 47uF, 50v didapati rosak dan gambar di atas mengesahkan ianya rosak apabila diukur dengan multmeter.
Testing...
Setelah kapasitor tersebut saya ganti dan diuji, UPS tersebut kembali menjalankan fungsinya seperti biasa dan masih boleh digunakan.
Tested - ok
Gambar-gambar seterusnya menunjukkan bacaan voltan ketika ada bekalan elektrik (214.4vac), bekalan elektrik diputuskan (227.9vac) dan bacaan bekalan elektrik iaitu 253.7vac (tanpa melalui UPS).
With power supply - 214vac
Without power supply - 227.9vac
Supply voltage - 253.7vac
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.