Hari ini saya dirujuk sebiji adapter 6v yang tidak berjenama, Model: GA1A060050 untuk dibaiki.
 |
Adapter 6v tidak berjenama... |
Pemilik memberitahu saya ianya rosak dan apabila saya uji, lampu LED berwarna merah tidak menyala.
 |
Model: GA1S060050 |
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, dua biji transistor didapati rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
 |
Setelah dibuka... |
Kerosakkannya ialah litar pintas pada transisitor 13001 serta tiada 'continuity' pada transistor S9014 dan adapter ini tidak dilengkapi dengan fius.
 |
Bahagian bawah papan litar... |
Setelah kedua-dua transistor yang rosak saya ganti dan diuji, ianya telah berjaya dibaiki dan masih boleh digunakan.
 |
Komponen yang rosak telah diganti... |
Saya diberitahu oleh pemilik bahawa adapter tersebut digunakan pada alat penimbang.
 |
Tested - ok |
Adapter ini terpaksa dibaiki disebabkan ianya spesis yang lain daripada
lain iaitu outputnya 6v. Adapter yang biasa ada di pasaran ialah 5v
seperti adapter pengecas telefon mudah alih.
 |
Komponen yang rosak... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.