Saturday 2 October 2021

LG CT-29M30V CRT TV repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk TV jenis CRT seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

LG CT-29M30V

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi TV yang serupa dengan masalah suara yang keluar dari speaker ada gangguan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selain daripada gangguan suara, saya juga ada terdengar bunyi yang berfrekuensi rendah pada papan litar seolah-olah tak cukup 'current'.

Begitu juga dengan penerimaan isyarat dari alat kawalan jauh iaitu kadang-kadang sahaja isyarat diterima serta berfungsi.

Setelah penutup belakang dibuka...

Rutin biasa saya selepas papan litar dibuka ialah proses membuang cas (discharge) pada kapasitor utama sebelum membuat pemeriksaan.

Komponen rosak...

Sedikit pelik berlaku iaitu ketika membuang cas pada kapasitor utama (330uF, 450v), lampu pada alat membuang cas saya tidak menyala.

330uF, 450v rosak...

Gambar di atas menunjukkan nilai kapasitan pada kapasitor utama apabila di ukur menggunakan multimeter iaitu 12nF sahaja dan ianya rosak serta perlu di ganti.

220nF, 275v rosak...

Selain kapasitor utama yang rosak, saya juga dapati sebiji 'safety capacitor' kembung seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan juga perlu ditukar.

Siap...

TV CRT ini berjaya diselamatkan dan masalah gangguan suara serta penerimaan isyarat dari alat kawalan jauh selesai. Bunyi yang berfrekuensi rendah pada papan litar juga lenyap. 


TV ini menggunakan sebiji TDA7297 untuk sistem suara (audio).

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.