Sunday 31 October 2021

Lazada cancellation/returns & refund

Saya mula membuat pembelian melalui atas talian ketika berjinak-jinak dengan sukan binabadan lebih 15 tahun yang lepas. Ketika itu saya cuma membuat pembelian makanan tambahan (supplement) sahaja berikutan harga makanan tambahan di pasaran tempatan tersangat mahal.

Beli dari Lazada...

Beberapa tahun kebelakangan ini pula saya banyak membuat pembelian secara atas talian untuk barangan alat ganti elektronik. Ini juga berikutan banyak alat ganti komponen elektronik tiada di pasaran tempatan dan jika ada pun di pasaran tempatan, harganya kadang-kadang tidak masuk akal.

Setelah dibuka...

Hari ini saya kongsikan pengalaman sendiri mengendalikan masalah barangan yang dihantar rosak, cacat, tidak lengkap serta 'lain yang dibeli, lain yang dihantar'.

Barang dihantar cacat...

Baru-baru ini saya ada membeli sebiji magnetron untuk membaiki ketuhar mikro (microwave) melalui Lazada. Nombor rujukan magnetron yang saya tempah ialah 2M261-M1 namun ketika bungkusan diterima dan diperiksa, ianya sedikit cacat serta tidak sama seperti boleh dilihat ada gambar di atas dan di bawah.

Bukan magnetron 2M261-M1 yang dihantar...

Jika anda berada di situasi seperti ini, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah menghubungi penjual untuk berbincang melalui laman sesawang Lazada. Biasanya penjual akan meminta kita untuk memulangkan barangan yang tersalah hantar dan membuat pembelian semula.

Perbezaan magnetron yang dihantar...

Jika penjual meminta memulangkannya, apa yang kita harus lakukan ialah klik butang 'cancellation/returns' di laman sesawang Lazada. Seterusnya cetak label, bungkus, tanpal label pada bungkusan dan hantar ke syarikat kurier seperti yang diminta.

Bungkus & hantar balik....

Untuk pengetahuan semua, kita tidak perlu membayar sebarang kos untuk 'cancellation/returns' seperti kes saya di atas dan akan mendapat kembali kesemua wang termasuk kos penghantaran setelah pihak Lazada menerima serta memeriksa bungkusan yang telah kita kembalikan.

Refunded

Selamat menuntut hak anda...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.