Baru-baru ini saya dirujuk dua buah 'portable karaoke speaker' berjenama FEIYANG model F613 dengan masalah langsung tidak berfungsi.
![]() |
FEIYANG F613 |
'Portable speaker' ini boleh digunakan ketika saya bekalkan 12vdc pada bahagian 'DC input' namun apabila saya bekal 15vdc pada bahagian 'charge', lampu hijau menyala namun langsung tidak berfungsi.
![]() |
Bahagian belakang speaker... |
Setelah bahagian belakang speaker ini dibuka, saya dapati ianya juga dilengkapi dengan sebiji bateri seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.
![]() |
Setelah PCB dibuka... |
Bateri tersebut rosak dan tidak mempunyai bekalan elektrik langsung apabila diperiksa menggunakan multimeter dan ianya adalah gabungan 6 biji bateri lithium 3.7v.
![]() |
Gantikan bateri... |
Apa yang saya lakukan ialah potong wayar bateri lama dan disambungkan kepada sebiji bateri 12v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
![]() |
TPA3130 |
'Portable karaoke speaker' ini berjaya diselamatkan serta kembali berfungsi semula dengan hanya menukarkan baterinya yang rosak sahaja.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.