Tuesday, 12 October 2021

PHILIPS HD4680 electric kettle repair

Sebelum ini saya pernah baiki cerek elektrik seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Suis tidak berfungsi bila ditekan...

Pagi ini saya dirujuk sebuah lagi cerek yang serupa dengan masalah suisnya tidak berfungsi apabila ditekan.

patah...

Setelah suisnya saya buka serta diperiksa, saya dapati ada bahagian suis yang patah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Siap...

Masalah yang saya hadapi kali ini ialah tiada alat ganti untuk butang suis tersebut di pasaran dan apa yang saya lakukan ialah leburkan plastik dengan menggunakan 'soldering iron' dan membuat terminal yang telah patah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Cerek elektrik ini juga telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah suis yang rosak telah saya baiki serta diuji.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.