Sunday 3 October 2021

Linear transformer pinout

Hari ini saya kongsikan cara-cara menyambung transformer linear seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Seperti dilabel pada transformer di atas, ianya membekalkan voltan output 9vac pada terminal 10-12 dan 13-15 pada gegelung sekundar.

Bekalan elektrik pada gegelung primary pula ialah di terminal 1-3 & 6-8 dengan voltan 115vac

Bahagian bawah transformer

Gambar di atas telah saya labelkan kesemua terminal pada transformer tersebut dan sebelah kiri, terminal 1, 3, 6 & 8 adalah gegelung primary. Terminal 10, 12, 13 & 15 pula ialah gegelung sekundar.

Terminal 10-12 = 13.60vac

Oleh kerana negara kita menggunakan bekalan elektrik 220/240vac, maka apa yang harus dilakukan ialah gabungkan/sambungkan terminal 3 & 6 bersama dan bekalan elektrik 220/240v pula disambung kepada terminal 1 & 8.

Terminal 13-15 = 13.61vac

Bahagian output pula perlu disambung kepada terminal 13 & 15 atau 10 & 12. 

Kedua-dua gegelung sekundar juga boleh digabungkan bersama seperti boleh dilihat pada gambar di atas dengan output 13.61v.

Tiada bacaan output jika tersalah sambung...

Cara untuk mendapatkan voltan output berganda ialah dengan mengabungkan terminal 12 & 13 dan anda akan dapat voltan berganda di terminal 10 & 15 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Terminal 10-15 = 27.24vac

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.