Friday 15 October 2021

How to test HV capacitor

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara-cara memeriksa HV diode yang digunakan pada ketuhar mikro (microwave) dan anda boleh rujuk di sini.

 
HV capacitor (High voltage capacitor)

Hari ini saya kongsikan cara-cara memeriksa satu lagi komponen yang juga digunakan pada microwave iaitu HV capacitor.

Peringatan kepada anda semua, pastikan anda buang cas (discharge) dulu HV capacitor sebelum membuat pemeriksaan dan caranya ialah dengan membuat pintasan pada kedua-dua terminalnya.

-/+ 1uF sahaja

Berikut adalah cara-cara memeriksa HV capacitor:-

1. Periksa keterusan (continuity)

Kapasitor yang elok tidak mempunyai keterusan pada kedua-dua terminalnya atau di antara terminal dengan chassis.

2. Periksa nilai kapasitan

Nilai kapasitan pada HV capacitor ialah kira-kira 1uF sahaja dan hanya boleh diukur dengan menggunakan multimeter digital yang dilengkapi dengan fungsi untuk mengukur kapasitan.

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter analog cuma memberitahu kita kapasitor boleh berfungsi atau tidak sahaja iaitu 'charge' dan 'discharge'.

Anda boleh rujuk pada klip video di atas untuk keterangan lanjut cara-cara memeriksa HV capacitor.

Anda juga boleh rujuk pada artikel di sini, sini, sini dan sini berkaitan dengan kerosakkan microwave yang melibatkan HV capacitor yang pernah saya baiki.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.