Monday 25 October 2021

FLUKE 92B ScopeMeter repair

Minggu lepas saya diberi sebuah multimeter analog serta sebuah lagi ScopeMeter oleh pemilik sebuah amplifier berjenama Luxman yang pernah saya baiki dahulu dan anda boleh rujuk di sini.

Kedua-duanya rosak dan multimeter analog telah berjaya saya baiki dan kongsikan minggu lepas di sini.

FLUKE 92B ScopeMeter

Menurut pemilik, ScopeMeter ini beliau beli ketika berkerja di Singapura pada tahun 80an dengan harga kira-kira RM5,000.00 dan jarang digunakan.

Setelah dibuka...

Ketika dirujuk kepada saya penutup luarnya telah rapuh seperti keropok serta banyak bahagian telah pecah. Ada yang pecah ketika saya cuba membukanya untuk membuat pemeriksaan.

Keluarkan skrin dari papan litar...

Setelah berjaya dibuka dan banyak yang pecah, saya dapati masalahnya ialah pada skrin dan polarizernya telah rosak teruk seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Kopek polarizer yang rosak...

Apa yang saya lakukan ialah kopek polarizer asal dan bahagian yang paling susah dibersihkan ialah gam yang melekat pada skrin serta berwarna perang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bersihkan selebihnya yang masih melekat pada skrin...

Untuk pengetahuan semua, skrin ini dilekat polarizer pada bahagian atas dan bawah seperti TV LCD/LED. Kerja-kerja membuang gam yang melekat pada skrin harus dilakukan dengan penuh kesabaran serta berhati-hati sebab diperbuat daripada kaca dan nipis.

Bersihkan sehingga kelihatan lutsinar....

Saya lekatkan polarizer pada bahagian bawah dahulu dan apabila diuji, tiada paparan pada skrin selain lampu backlight yang berwarna putih sahaja.

Testing - tiada paparan tanpa polarizer...

Sebelum melekat bahagian atas, anda perlu cuba dahulu seperti telah saya lakukan pada klip video di bawah. Pusingkan polarizer sehingga warna perang kelihatan seperti asal ketika saya membukanya di atas.

Cara melekat polarizer pada skrin ialah seperti cara melekat cermin gelap pada kereta iaitu:-

  1. Potong polarizer mengikut siaz yang diperlukan
  2. Basahkan skrin dengan campuran cecair pencuci pinggan
  3. Tanpalkan polarizer pada kedudukannya dan buang gelombong angin/air (jika ada)

Skrin ScopeMeter ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.