Sunday 10 October 2021

Pelaburan saham

Semalam saya ada kongsikan peratusan dividen sesaham yang saya dapat dari saham yang saya miliki sejak kira-kira 20 tahun yang lalu.

08/10/2021 - RM4.08 sesaham

Seingat saya harga ESOS (employee share option scheme) saham Public Bank Berhad (PBB) yang saya beli ketika itu ialah kira-kira dua ringgit lebih sahaja sesaham. Untuk pengetahuan semua, saham PBB ketika itu ialah saham 50sen.

KLSE - PBBANK

Gambar di atas menunjukkan sejarah harga saham PBB yang saya ambil dari laman sesawang KLSE/BSKL. Harga paling rendah ialah RM1.23 dan paling tinggi ialah RM5.00 pada 05/10/2018.

Sepanjang memiliki saham PBB, seingat saya ianya telah disusun semula sebanyak dua kali. Penyusunan semula kali pertama ialah menaiktaraf saham dari 50sen ke saham seringgit dan kedua ialah 'bonus issue' pada awal tahun ini iaitu dengan nisbah 4:1 pada 27/1/2021.

Bonus issue - 27/1/2021

Maksud 'bonus issue' dengan  nisbah 4:1 ialah setiap saham PBB akan diberi 4 saham tambahan. Jadi, jika anda mempunyai satu lot saham PBB, selepas 'bonus issue' tersebut anda akan mempunyai 5 lot.

Setelah proses 'bonus issue' selesai, harga sesaham juga dilaras semula iaitu kira-kira RM4.00 sesaham berbanding sebelumnya iaitu mencecah RM20.00 sesaham.

Tujuan 'bonus issue' tersebut ialah supaya sahamnya menjadi lebih mampu milik dan lebih aktif di pasaran BSKL/KLSE sebab harganya kini hanya 1/5 sesaham berbanding sebelumnya.

High - RM4.11, Low - RM4.00

Sepanjang memiliki saham PBB, saya dapati harganya stabil dan tidak banyak berubah. Harga paling rendah dalam sebulan ini ialah RM4.00 dan paling tinggi ialah RM4.11 pada 28/09/2021.

Selagi anda tidak menjual saham-saham anda, anda belum rugi atau untung. Sepanjang memiliki saham, anda akan diberi dividen dan ianya adalah lebih baik berbanding simpanan tetap pada bank komersial di negara kita.

Sebagai contoh, berikut adalah kira-kira bonus yang saya dapat pada tahun ini.

1st half (mac 2021) - 13%

Katakan saya memiliki 1 lot/1000 saham dan saya dapat dividen sebanyak RM130.00

2nd half (sept 2021) - 7.5%

Katakan saya memiliki 1 lot/1000 saham dan saya dapat dividen sebanyak RM75.00

  • Jumlah dividen yang saya dapat tahun ini ialah RM205.00 (RM130 + RM75)
  • katakan harga sesaham ialah RM4.00 (1 lot = RM4,000.00)

Kadar peratusan dividen tahun ini ialah 205/4000 = 5.125%

Untuk pengetahuan semua, amanah saham malaysia (ASM) dan amanah saham wawasan (ASW) hanya memberikan dividen 4% sahaja dua tahun kebelakangan ini.

Faedah simpanan tetap...

Bank komersial pula hanya memberikan faedah/pulangan sebanyak 1.85% sahaja untuk simpanan tetap selama setahun.

RHB promo...

Hari ini RHB menawarkan pulangan 2.55% untuk simpanan tetap setahun dan ianya merupakan pulangan yang paling tinggi saya jumpa setakat ini. Ianya masih jauh lebih rendah berbanding dengan dividen saham PBB tahun ini.

Jika anda mempunyai wang lebihan serta berhajat untuk membuat pelaburan, pelaburan saham merupakan salah satu alternatif dan pastikan anda beli saham yang stabil untuk menjamin pulangan jangka panjang terjamin.

Selamat melabur...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.