Wednesday 20 October 2021

SAMSUNG UA40J5008AK full HD TV repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki TV seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Type no.: UA40J5008

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk lagi sebuah TV yang serupa dengan masalah serupa iaitu gagal berfungsi termasuk lampu 'standby' juga tidak menyala setelah dibekalkan arus elektrik.

Lampu 'standby' tak menyala...

Dari pengalaman lepas, masalahnya ialah pada PSU (power supply unit) dan komponen yang rosak juga sama seperti telah saya tandakan pada gamabr di bawah.

Litar pintas pada sebiji diode...

Kali ini saya kehabisan schottky diod yang berlabel MBR5H150S dan digantikan dengan schottky diode SR5150.

Siap...

TV in berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan sebiji schottky diod sahaja dan masih boleh digunakan semula.

Lampu 'standby' dah menyala...

Dari pengalaman lepas, schottky diod yang bersebelahan akan rosak lagi selepas ini dan saya akan kemaskini lagi jika ianya akan berlaku lagi. Jika anda memiliki TV model ini, anda boleh beli dulu schottky diod (MBR5H150S atau SR5150) sebagai persediaan sebab 'pisang telah berbuah dua kali' pada saya...

Tested - ok

TV ini berusia kira-kira 4 tahun sahaja iaitu dibeli pada 24/1/2017 seperti boleh dilihat pada label gambar pertama di atas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.