Semalam saya dirujuk sebuah telefon bimbit berjenama Xiaomi model POCO M3 dengan masalah tidak dapat dihidupkan.
![]() |
Setelah penutup belakang dibuka... |
Pemilik memberitahu saya, dia telah rujuk di youtube serta membukanya dan berjaya menghidupkannya sekali.
![]() |
Buka penutup mainboard/motherboard... |
Menurutnya, apa yang dia lakukan ialah memanaskan processor telefon dengan menggunakan alat pengering rambut.
![]() |
Buka penutup processor... |
Masalah sama (tidak dapat dihidupkan) berulang dan beliau gagal menghidupkannya semula dengan memanaskan processor menggunakan alat pengering rambut.
![]() |
'Reheat'... |
Gambar-gambar di atas dan bawah menunjukkan cara-cara membuka papan litar dan saya lakukan benda sama iaitu 'reheat' beberapa biji chip seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
![]() |
350°C |
Saya menggunakan 'rework soldering station' dan melaraskan suhu pada 350°C seperti boleh dilihat pada gambar di atas selama kira-kira beberapa minit.
![]() |
Pasang kembali penutup... |
Setelah sejuk, saya pasangkan kembali papan litar serta semua yang telah dibuka sebelumnya dan percaya atau tidak, ianya boleh berfungsi semula dan masih boleh digunakan.
![]() |
Pasang kembali apa yang telah dibuka... |
Saya bukan pakar membaiki telefon bimbit namun ini adalah pengalaman baharu dan tidak pasti masalah sama akan berulang lagi atau tidak.
![]() |
Testing... |
Untuk pengetahuan semua, telefon bimbit yang saya guna ketika ini juga
berjenama Xiaomi, model POCO M3 dan pernah saya kongsikan ketika baru
dibeli di sini. Mudah-mudahan masalah sedemikian tidak berlaku pada telefon bimbit saya.
![]() |
6% sahaja... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.