Thursday 14 October 2021

Life fitness cross trainer repair

Awal minggu ini saya telah dipanggil untuk memeriksa sebuah mesin senaman berjenama Life Fitness dengan masalah panel indikator tidak berfungsi walaupun telah dikayuh.

Life fitness cross trainer

Menurut pemilik, mesin senaman ini telah lama tidak digunakan berikutan PKP sejak tahun lepas sebab tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Bateri ada di dalam...

Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya setelah diberitahu ianya telah lama tidak digunakan ialah ketiadaan bekalan elektrik yang disimpan dalam bateri.

Bateri 6v

Bateri disimpan pada bahagian hadapan mesin senaman ini dan gambar di atas adalah baterinya setelah penutupnya dibuka.

6v, 2.5Ah

Spesifikasi bateri yang digunakan ialah 6v, 2.5Ah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

4.66v sahaja...

Ketika baterinya saya periksa, bacaan voltan cuma 4.66v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Gambar di bawah pula menunjukkan bacaan voltan yang saya dapat setelah dicas selama kira-kira sejam.

5.8v - setelah dicas

Saya pasangkan kembali bateri yang telah dicas dan ianya boleh berfungsi namum pagi berikutnya masalah sama berulang iaitu gagal berfungsi semula. Masalah kehilangan cas sebegini adalah disebabkan bateri telah rosak dan perlu diganti.

Kiri - bateri baharu

Saya gantikan dengan bateri yang sedikit berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. Perbezaan spesifikasi bateri baharu ialah 4.5Ah berbanding 2.5Ah sahaja pada bateri asal dan ianya boleh digunakan sebab voltannya sama iaitu 6v.

Siap...

Mesin senaman ini berjaya dibaiki dengan hanya menukarkan baterinya sahaja dan kembali berfungsi semula seperti biasa.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.